Info Terkini...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2018... SELAMAT BERCUTI.....DARI KAMI ... SERIKANDI SEGAMAT

Rabu, 5 Jun 2013

Program Nur Syawal


  PROGRAM NUR SYAWAL DI RUMAH ORANG TUA BATU ANAM 
(6 OKTOBER 2010)


Pada 6 oktober 2010, Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas Daerah Segamat telah berkunjung ke Rumah Orang Tua di Batu Anam. Program ini bertujuan meraikan dan menghayati Nur Syawal bersama orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini dapat juga menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir. Pengisian program tersebut, PPM bersama-sama bergotong royong serta menceriakan kediaman orang-orang tua tersebut. Selain itu,PPM mengisi kesunyian mereka dengan gurau senda dan menikmati juadah Hari Raya bersama-sama mereka. Dengan program ini, banyak memberi kesedaran kepada PPM bahawa orang yang kurang bernasib baik tidak kira di sekolah mahupun luar masih memerlukan kasih sayang dari kita semua. Kasih Sayang Setiap Insan Amat Bernilai. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan