Bengkel Senamrobik PPM Pendidikan Khas Daerah Segamat di Dewan SMK Gemereh
25 Mac 2014
Senamrobik adalah satu bentuk senaman yang berteraskan nilai riadah, kebudayaan dan jati diri yang mula diperkenalkan pada 2002 akan dikembangkan ke arah melahirkan warga yang cergas dan memupuk semangat perpaduan kaum. Senaman yang dibentuk melalui gabungan gerak tarian dan seni mempertahankan diri itu mampu menghasilkan kesan yang baik terhadap system kardiovaskular dan pernafasan seseorang.
Matlamat Bengkel ini diadakan ialah untuk melahirkan PPM Pendidikan Khas yang sihat akan merealisasikan jaminan kualiti pelaksanaan sesuatu tugas dan senaman yang kerap dilakukan akan melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot dan sendi. Aktiviti sedemikian juga menanbah daya mobility dan meningkatkan lagi keupayaan menjalankan aktiviti harian dan memantapkan lagi tugas sebagai PPM Pendidikan Khas.