SEJARAH PENUBUHAN SERIKANDI
Kami
adalah Pembantu Pengurusan Murid Kelas
Pendidikan Khas bagi murid-murid berkeperluan Khas dan Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas membantu guru di kelas-kelas
pendidikan khas di bawah kelolaan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Pada asalnya kami mempunyai
Majlis Pemuafakatan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas sejak tahun 2008 terdiri daripada 50 orang PPM
Pendidikan Khas Daerah segamat.Memandangkan bilangan PPM kian meningkat
dan demi menjaga kebajikan semua kami bercadang menubuhkan Persatuan dan kami
telah mendaftarkan pertubuhan kami pada 16 April 2012 dan di beri nama PERSATUAN
SOSIAL DAN REKREASI PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) PENDIDKAN KHAS DAERAH SEGAMAT
(SERIKANDI) Persatuan kami ini terdiri daripada 62 orang PPM Pendidikan Khas Daerah
Segamat. Keahlian Mereka Adalah Sebagai Ahli Bersekutu
Di Mana Mereka Berhak Bersuara, Mengundi Dan
Memilih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan