Lawatan Penanda Aras ke Pulau Langkawi
30 November - 3 Disember 2011
Persatuan
Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas Daerah Segamat telah menganjurkan
lawatan ke Pulau Langkawi pada 30 November 2011 hingga 3 Disember 2011.Program
ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara Pembantu Pengurusan Murid di
samping memberi pengetahuan tentang sejarah Pulau Langkawi kepada semua
peserta.Banyak tempat yang di lawati seperti Makam Mahsuri,Teratak
Mahsuri,Galeri Muzium Perdana,Gua Kelawar dan tempat pemprosesan gamat.
Lawatan ini
telah dapat memberikan peluang kepada semua PPM mengetahui tentang pelbagai
penghasilan produk berasaskan gamat dan kristal.Selain itu dapat memupuk nilai
murni dalam diri PPM dengan menikmati keindahan alam semulajadi di sekitar
Pulau Langkawi.
Dengan
lawatan tersebut Pembantu Pengurusan Murid dapat menceritakan serba sedikit
tentang sejarah Pulau Langkawi kepada murid-murid pendidikan khas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan