PROGRAM NUR SYAWAL DI RUMAH ORANG TUA
BATU ANAM
(6 OKTOBER 2010)
Pada 6 oktober 2010, Pembantu Pengurusan
Murid Pendidikan Khas Daerah Segamat telah berkunjung ke Rumah Orang Tua di
Batu Anam. Program ini bertujuan meraikan dan menghayati Nur Syawal bersama
orang-orang tua yang kurang bernasib baik. Selain itu, program ini dapat juga
menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan
kurang bernasib baik dan terpinggir. Pengisian program tersebut, PPM
bersama-sama bergotong royong serta menceriakan kediaman orang-orang tua
tersebut. Selain itu,PPM mengisi kesunyian mereka dengan gurau senda dan
menikmati juadah Hari Raya bersama-sama mereka. Dengan program ini, banyak
memberi kesedaran kepada PPM bahawa orang yang kurang bernasib baik tidak kira
di sekolah mahupun luar masih memerlukan kasih sayang dari kita semua. Kasih
Sayang Setiap Insan Amat Bernilai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan